Illuminati dan penyakit terhadap kesihatan manusia
Pembicaraan tentang Illuminati kita lanjutkan kepada memperkatakan tentang kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.
Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan kimia.
Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka. Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.
Memang biasanya cepat sembuh jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.
Dan begitulah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Pihak mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.
Ini belum lagi masuk bab MAKANAN-MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN di pasaran sekarang yang majoritinya ada bermacam-macam BAHAN KIMIA yang boleh menyebabkan pelbagai PENYAKIT untuk jangka masa panjang.
Di Amerika sahaja ada pasaraya TERBESAR di dunia, dan pasaraya itu HANYA untuk orang-orang Yahudi. Dan di dalamnya tidak ada makanan-makanan pelik-pelik yang seperti kita makan sekarang ini. Mereka terlalu MENJAGA makanan mereka, sebab itu lah mereka menjadi Brilliant, Intelligent dan hebat dalam soal DUNIA. Otak mereka cerdas dan segar tanpa tercemar dengan banyak bahan kimia.
Tetapi umat kita sekarang diberi makanan yang sudah BANYAK tercemar dan mengandungi bahan kimia dan melembabkan OTAK!! Sebagai contoh, sebab itu kanak-kanak sekarang mengaji pun lambat nak ingat, lemau, malas belajar dan seumpamanya.
Perniagaan makanan dan francais-francais yang berkaitan dengannya diterajui oleh Collins, iaitu salah satu dari 13 keturunan dalam Illuminati. INGAT, keluarga-keluarga Illuminati itu mempunyai bidang-bidang kuasa tersendiri yang telah dibahagikan sesama mereka.
Jauhilah lah makan makanan-makanan ringan. Jauhilah McDonald, KFC, Starbucks, dan seumpamanya, kerana itu semua adalah milik Illuminati yang hanya akan membawa PENYAKIT yang pelbagai kepada umat Islam dan membunuh secara HALUS. Jangan terpedaya dengan kesedapan yang menjilat jari dan mengancam selera itu. Begitu juga jangan TERPENGARUH dengan iklan-iklan yang memikat manusia secara psikologi.
Di dalam makanan-makanan ringan di pasaran sana biasa terdapat bahan-bahan kimia seperti Chlorine, Fluoride, Benzene (yang biasa disebut bahan pengawet atau dicampur dalam Potassium menjadi Potassium benzoate, atau dicampur ke dalam Sodium menjadi Sodium benzoate), Melamine, BPA (Bisphenol-A), Nitrites, Nitrates, Ethorbates, MSG (Monosodium Glutamate), Aspartame (sejenis pemanis bukan gula) dan sebagainya lagi. Ini belum lagi dicampur dengan bahan-bahan metal yang terkandung dalam air seperti plumbum, aluminium, tembaga dan macam-macam lagi. Semua kandungan itu boleh membunuh manusia secara beransur-ansur dan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Sayur-sayuran dan tanaman kita sekarang ini pun biasa disembur dengan racun yang bergelar pesticides dan insectisides. Sedangkan pesticides dan insectisides itu sebenarnya boleh melemahkan sistem imunisasi tubuh badan manusia itu sendiri, yang menyebabkan manusia mudah mendapat penyakit.
Dan banyak sangat lagi syarikat-syarikat minuman dan makanan milik mereka. Di atas ini adalah jenama-jenama yang NYATA milik mereka, belum lagi dicampurkan dengan jenama-jenama yang berselindung dan tidak diketahui umum. Lihatlah kepada logo Pepsi dan Coca cola yang selain berwarna merah dan ada bentuk bulat pada Pepsi dan nombor 666 tersembunyi pada Coca Cola, ia juga mempunyai jalur yang meliuk lentuk.
Jalur meliuk lentuk seperti pergerakan seekor ULAR, itu lah haiwan yang LICIK dan Iblis pernah menyamar sebagai ULAR untuk menipu Hawa dan Adam di dalam syurga dulu.
Rokok, dadah dan alkohol
Penggunaan bahan-bahan ini sudah JELAS dan TERANG akan merosakkan jiwa dan raga manusia dan dapat membunuh secara beransur-ansur juga. Maka dengan itu lah mereka mempengaruhi banyak pihak agar ketiga-tiga bahan yang merbahaya kepada manusia itu dapat diseludupkan ke merata tempat.
Pasaran ROKOK dan DADAH diterajui oleh RJ Reynolds, di mana Reynolds adalah salah satu dari 13 keluarga utama Illuminati. Jenama rokok seperti More, Salem, Camel, Winston, Lucky Strike dan beberapa lagi adalah di bawah kelolaannya.
Sedangkan CIA pun mempunyai skandal dengan dadah, dan CIA itu sendiri berada di bawah kuasa Illuminati. Begitu juga dengan penguasaan mereka ke atas Golden Triangle / Segitiga Emas (antara kawasan penanaman popi / dadah terbesar di dunia).
Bagi seorang athlit atau ahli sukan, kebiasaan mereka akan menggunakan dadah jenis steroid untuk menambahkan tenaga serta stamina dalam sukatan yang terhad. Kesan buruk darinya akan mula dirasai apabila ahli sukan itu telah mula kurang aktif pada suatu masa nanti dan akan mengundang banyak penyakit kronik juga hasil darinya.
Berkenaan arak dan rokok ada tambahannya di tajuk Di antara pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka - Bahagian 2
Ingatlah, ada 3 agenda utama Illuminati yang MEMBUNUH dan MEROSAKKAN secara senyap iaitu SEKS, DADAH (termasuk bahan kimia dan toksik) dan SIHIR (sex, drug and magic). Dan ianya diselitkan di dalam pelbagai MEDIUM seperti media massa, hiburan , makanan, minuman, pembelajaran, permainan dan sebagainya.
Mereka mencipta VIRUS dan mereka juga mencipta ANTI VIRUS dan VAKSIN
Mereka mencipta VIRUS komputer yang menyerang dan menyusahkan banyak komputer awam dan syarikat. Dan mereka jugalah yang menyediakan perisian-perisian ANTI VIRUS untuk dibeli bagi mengaut keuntungan darinya. Dan jangan anda hanya ingat mereka mencipta VIRUS komputer sahaja, tetapi saintis-saintis mereka juga mencipta VIRUS alam nyata yang menyerang tubuh manusia.
Dan mereka jugalah yang menyediakan vaksin-vaksin dan antivirus, juga untuk mengaut keuntungan darinya hasil dari perniagaan ubat-ubatan itu. Malah mereka juga mendapat nama, kerana kononnya membantu MANUSIA menyelesaikan masalah dengan mencipta pelbagai VAKSIN yang dapat melawan pelbagai jenis penyakit. Jangan anda terpedaya dengan taktik mereka itu, itu taktik lama sebenarnya dan sudah dapat dikesan oleh mereka-mereka yang mengkaji dan menggunakan akal fikiran.
Seorang journalis Austria yang bernama Jane Burgermeister telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap World Health Organization (WHO), United Nations, Barack Obama, Rockefeller, Rothschild dan beberapa lagi kerana dia telah mendedahkan plot yang dibuat oleh mereka berkenaan dengan VAKSIN Selsema Babi yang merbahaya.
Lihatlah logo World Health Organization (WHO) di atas. Sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga perihal kesihatan manusia sedunia, tetapi mengapa ada ULAR yang meliuk lentuk dan membelit dalam logonya itu?
Dia mengatakan bahawa Selsema Babi dan Selsema Burung telah dihasilkan di dalam makmal dengan tujuan membunuh secara besar-besaran melalui VAKSIN.
Dan menurut David Icke (seorang pensyarah dan pengarang buku), dinasti Rothschild dan Rockefeller yang terlibat dalam hal VAKSIN itu, juga menguasai perubatan yang berkaitan dengan FARMASI dan POLISI KESIHATAN kerajaan di seluruh dunia. Rockefeller dikenali sebagai keluarga Illuminati yang menguasai pasaran minyak dunia, dengan syarikatnya iaitu Exxon-Mobil. Manakala Rothschild menguasai perbankan dunia dan dia memiliki Bank of Rothschilds iaitu bank yang tertua dan terbesar di dunia.
Jane Bürgermeister juga telah memfailkan tuduhan jenayah bio terhadap gergasi FARMASI seperti Novartis International AG di Switzerland dan Baxter AG di Austria. Dan lebih mengejutkan lagi, virus H1N1 baru sahaja diwar-warkan pada tahun ini, sedangkan syarikat Baxter telah memfailkan PATENT untuk VAKSIN H1N1 pada 28 Ogos 2008 dulu lagi. Maka bagaimana mereka sudah tahu virus itu akan muncul sedangkan pada ketika itu tidak ada tersebar lagi tentang H1N1.
Sila baca file PATENT mereka di sini
Dan PATENT itu pula telah diterbitkan pada bulan Mac 2009, SEBULAN sebelum VIRUS-VIRUS itu dilepaskan di Mexico.
Hakikatnya, bukan Selsema Babi / Swine Flu, Selsema Burung / Bird Flu, atau lain-lain penyakit itu yang merbahaya, TETAPI suntikan VAKSIN itu lah yang lebih merbahaya kerana ia dapat mengakibatkan kesan buruk dan membunuh secara senyap dan beransur-ansur. Orang-orang yang TIDAK TERKENA penyakit Selsema Babi pun diberikan VAKSIN juga.
Sasaran mereka bukan membunuh secara mendadak, tetapi melemahkan sistem IMUNISASI manusia itu sendiri. Jika sistem imunisasi manusia lemah, maka apa-apa penyakit pun mudah datang dan akan semakin parah dan rosak tubuh manusia sehingga boleh menyebabkan kematian insyaAllah.
Bermakna di situ, manusia akan MATI dengan penyakit-penyakit lain pula di kemudian hari nanti, yang kita semua tidak tahu dari mana datang punca sebenar penyakit tersebut. Dan orang-orang yang bertanggung jawab terhadap JENAYAH ini tidak dapat dikesan apa lagi untuk didakwa. Hanya Allah S.w.t yang dapat membalas kejahatan mereka kemudian hari nanti.
Kesimpulan
Nasihat saya kepada diri sendiri dan anda semua, cuba lah amalkan pemakanan sihat secara alamiah dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan , terutamanya makanan-makanan yang diajar oleh Nabi Muhammad S.a.w, makan dan minum cara Rasulullah dan seumpamanya. Elakkan makanan-makanan yang diproses, makanan ringan , pil-pil yang mengandungi bahan kimia, vaksin-vaksin dan seumpamanya. Dan seperti biasa jangan lupa baca ayat-ayat elak fitnah Dajjal dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah S.a.w. Semoga Allah melindungi kita semua dari FITNAH DAJJAL, amiin.
"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya" Surah Al A'raaf : Ayat 56
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" Surah Ar Ruum : Ayat 41
"Hai orang-orang yang beriman, bersiap-sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!." Surah An Nisaa' : Ayat 71
Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ayat 71 di atas sebagai Allah memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman agar sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh. Jangan salah faham pula ya, itu bukan perintah supaya pergi menyerang orang ikut suka hati, tetapi hanya diperintah agar bersiap-sedia dan berjaga-jaga dengan musuh dan berperang hanya jika Islam diserang.
Semoga Allah memberikan yang TERBAIK buat anda semua wahai saudara-saudaraku. Sungguh indah dunia ini jika masing-masing saling bantu membantu dan bukan hanya PENTINGKAN diri sendiri semata-mata. Maafkanlah diri saya yang HINA ini andai ada salah dan silap. Sayangilah diri anda, keluarga anda, saudara seiman anda dan manusia serta makhluk yang tidak bersalah seluruhnya. Dan semoga pihak-pihak yang zalim, yang tidak berperikemanusiaan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah, dan agar mereka menyesal di atas perbuatan mereka sebelum terlambat. Sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih, na'uzubillah. Wallahu a'lam :)
kedai nurin
Tuesday, August 24, 2010
Friday, August 20, 2010
Apa ada denga kelantan
Ramai orang cakap..
“apa pembangkang dah buat?tau cakap je”
“berpolitik 24 jam”
“maki caci orang lain”
“tak ada idea pembangunan”
“tak pandai tadbir”
“bla..bla..bla..prffftttt…bla..bla..sarban..prfffttttt”
memang pembangkang tak ada apa nak tunjuk sebab belum memerintah negara..tapi pembangkang dah tunjuk bagaimana hendak mentadbir dengan baik..dengan meletakkan agama sebagai asas memerintah sebuah kerajaan negeri..apa yang terhasil bukan sahaja rakyat yang berilmu tetapi sebuah kerajaan yang cukup bijak menguruskan ekonominya..contoh lain tak dapat diberikan sebab negeri lain pembangkang tak perintah..so, jom kita lihat apa dasar kerajaan kelantan dan pencapaiannya:
Dasar Kerajaan Negeri Kelantan
“Membangun Bersama Islam”
1. lulus enakmen syariah II (1993)
2. Dasar Islam dalam kebudayaan negeri (1998)
3. Prinsip Islam dalam enakmen kawalan Hiburan
4. Kuatkuasa etika pakaian Islam
5. Lulus dasar pelancongan berprinsip Islam
6. Gadaian Islam (Ar-Rahn) sejak 90an
7. Tak keluar lesen judi dan premis maksiat
8. Tutup Kelab Malam dan tak keluar lesen premis hiburan
“pendidikan”
1. 24 Maahad Tahfiz – terbanyak di malaysia
2. maahad tahfiz aliran sains-pertama di malaysia
3. sekolah animasi (Darul Digital) pertama di malaysia -OD tambah: kelantan berjaya buat dengan RM3 juta je..jamaluddin jarjis nak buat sampai RM100 juta lebih!
4. Kolej Islam bertaraf antarabangsa – berjaya hasilkan profesional bertaraf ulama yang berjaya
“Ekonomi”
1. Berjaya membayar hutang yang ditinggalkan kerajaan BN tanpa membuat hutang baru – OD tambah: pahang defisit sampai 400 juta apo hasilnya?kedah hutang RM2 billion..terer sangat tadbir negeri?
2. Meletakkan kelantan dr tempat ke2 miskin tegar semasa BN perintah ke tempat ke 6..
3. KB Mall kalahkan SOGO untuk wakil negara ke belanda – OD tambah: pertandingan sapo lepak paling lama kot
“Kebajikan”
1. Program Ladang Rakyat – untung disalur terus kepada rakyat yang pendapatan bawah RM530 sebulan (koridor depu kot)
2. Bantuan Armalah, anak yatim dan orang miskin – RM5 juta thn 2007..OD tambah: sikitnya..org miskin sikit sgt ke kat kelantan..kalau 5 juta kat selangor bantuan untuk orang kaya renovate dapur
3. Skim takaful kifaalah warga emas – pertama di malaysia – OD tambah: selangor dah mula tiru..si khairy sampai naik heran macam mana husam musa boleh serah duit cash kat waris si mati..begitu juga dengan mangsa kebakaran dapat cash 5 ribu..dia tanya mana datang duit tu.. kalau nak harap JKM..3 bulan rumah dah rentung pon belum tentu dpt duit
4. Bantuan kesihatan rakyat untuk pesakit kronik
5. program rumah dhu’afat untuk golongan daif – rumah milik sendiri!
“pentadbiran”
1. 17 tahun memerintah – tak ada satu dakwaan rasuah
2. negeri pertama perkenal loan kepada staf gomen tanpa faedah
3. lantik 15 pegawai tadbir wanita dan wakil kaum dalam pentadbiran
4. cukai pintu percuma. cukai MPKJ selangor naik thn depan
5. kadar caj bil air antara terendah di malaysia.
Dasar kelantan yang DITIRU negeri lain dan Pusat
1. pajak gadai Islam diterima pakai oleh YPEIM dan Bank Rakyat
2. Cuti bersalin drpd 42 ke 60
3. pelan Strategik pertanian juga ditiru negeri lain
4. Cuti hari sabtu< 5. Ayat Quran dan doa di tepi jalan
6. pasar malam dihentikan waktu magrib – ganu tiru
7. papan tanda menunjuk loksai masjid
8. konsep hotel Islam – pahang tiru
9. Pemotongan elaun tetap MB,TMB dan exco
10. dan lain2

4. Cuti hari sabtu<
6. pasar malam dihentikan waktu magrib – ganu tiru
7. papan tanda menunjuk loksai masjid
8. konsep hotel Islam – pahang tiru
9. Pemotongan elaun tetap MB,TMB dan exco
10. dan lain2
Petua tradisional
Petua tradisional, ada yg boleh pakai ada yang tak jalan. Tapi fikirkan, orang dulu-dulu semua kuat-kuat, hidup lama. Depa pakai petualah tu
Ari-ari Pedih
Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Batuk Lelah
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Bau Mayat
Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Berak Darah
Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
Demam
Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Demam Panas
Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gatal Vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Gegata
Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Hidung Berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
Kencing sakit -
Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Keputihan -
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Kutu Babi -
Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Lompangan (ulcer) -
Tempelan (pasta) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.
Muntah
Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya
Menegangkan Payu Dara -
Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Pedih Perut -
Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
Penyakit Kelamin –
Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.
Ruam Peluh –
Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Sakit Gigi -
Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
Sakit Hati -
Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Sakit Jantung -
Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
Sakit Kepala -
Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).
Sakit Mata –
Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.
Penawar Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Kini saya paparkan pengalaman saya yang telah mengidap resdung berbelas tahun malah telah menjalani pembedahan pada tahun 1994. Tahun lepas saya dapat nasihat agar saya mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya.Lakukan ini setiap kali sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja.Amal kesannya sungguh menakjubkan.
Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan.Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.
Pengirim : Rizaleiza
Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.
Hilangkan bau Durian ditangan
Selepas makan durian, anda dikehendaki mencuci tangan anda di dalam paksa durian dengan cara merendamkan jari-jari dan tangan anda ke dalamnya. InsyaAllah ianya berkesan.
Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.
Lesung Pipit
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air.Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih dahulu )
Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing,ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.
Masalah Bau Badan
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.
Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih….
Sejukkan kepala & menghitam Rambut
Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air selepas itu ramas hingga belendir.Selepas itu sapu diatas kepala beberapa minit sebelum mandi Insyallah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa untuk hitam.
Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara2 nya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak.Semasa melakukan jimak , punggung isteri hendaklah diayun kekiri dan kekanan ,supaya air mani akan sampai ketempat yang sebetulnya.
Dapat Anak Cerdik
Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin.
Hilangkan Sakit Kepala
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selama 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala.
Bibir merah semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit
mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah……lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.
Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.
Kempis Perut
Petau yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah…
Inginkan Anak Putih 1
Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu kelak.Cubalah ya.
Petua Awet Muda
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain
Menghilangkan kolestrol dlm darah
Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil memotong anda kenalah membaca selawat x 3 dan masukkan dlm air panas sampai limau itu kuning dan minum amalkan setiap hari insyaallah menjadi…..
Mata Terkena Cili
Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. InsyaAllah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu…Selamat mencuba
Inginkan Anak Putih 2
Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih.
Kurangkan Misai atau Janggut
Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut.
Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.Insyaallah
Ikan terubuk sedap dimakan tapi tulangnya!!!!
Ikan terubuk bakar yang dimakan panas-panas, memang menyelerakan apa lagi dengan cicah air asamnya. Tapi memandangkan tulangnya yang berselirat tu, fikir dua tiga kali juga nak makan. Selalunya sebelum nak siang ikan terubuk itu saya akan pegang di bahagian insang dan ekor ikan berkenaankemudian tarik ke arah yang
bertentangan, anda akan mendengar bunyi tulang-tulang ikan itu berderap (ini bukan satu penyiksaan tau, sebab ikan tu dah mati). Kalau hendak bakar janganlah dibuang sisiknya, kering minyaknya. Selamat mencuba!!.
Anak Demam Panas?…
Asam jawa yang ada di dapur tu, cuba bancuhkan dengan sedikit air. Lebih pekat lebih baik. Kemudian sapukan di
semua bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan. Kalau dapat diminum airnya dengan ditambah sedikit gula lebih baik. (Anak saya tak sempat tambah air dia dah jilat dulu)
Tapi… Jika tidak mahu mengguna asam jawa, anda boleh gunakan ledir dari daun lidah buaya(lidah biawak tak jalan). Gunakanlah cara yang sama seperti air asam jawa tadi.
Biskut / kuih raya cepat lemau?…
Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan.
Perjalanan darah anda tidak lancar
Panaskan santan bersama dengan gula melaka. Pastikan tidak sampai pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit halia yang telah ditumbuk. Minumlah semasa ianya masih suam-suam kuku untuksetiap pagi dan petang.
Masalah uban?
Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.
Hendak lebatkan rambut
Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala. Kemudian cucilah rambut anda.
Masalah rambut gugur?…
Ha,sebelum terlambat Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi.
Rambut berkelimumur?
Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.
Hendakkan madu tahan lama
Taburkan sedikit padi di permukaan madu. Pastikan ia memenuhi ruang permukaan, barulah botol madu tadi ditutup kemas. Kemudian simpanlah ditempat yang sesuai. Oh ya, jangan simpan madu dalam peti ais, ha nanti hilang powernya.
Tepung mudah hapak.
Untuk mengelakkannya…Bungkus seketul arang dengan kain bersih dan letakkannya di dalam tepung. Insyaalah selama mana anda simpan tepung itu tidak akan rosak.
Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengahgelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dandicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.
Atau
Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus beberapa banyak yangboleh biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.
Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkansedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangipetua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
Cirit Birit
Buat bubur nasi dan campur sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam. Amalkan dua kali
sehari sehingga cirit birit awda hilang.
Di Gigit Kala Jengking
Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.
Hidung Bayi Tersumbat
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garamitu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akantidur nyenyak dan tidak meragam.
Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk
Ambil sebatang rokok, buangkan kertas pembalut tembakaunya. Campurkan tembakau tersebut dengan air, ramas dan sapukan pada bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil.
Kembung Perut atau Senudung
Sirih dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak awda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiapmalam ketika anak itu masih kecil lagi.
Melebatkan Rambut
Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.
Melebatkan Rambut Anak
Ambil air kelapa yang sedang (kelapa itu tidak muda dan tidak pula tua). Sapukan ke kepala anak itu setiap hari. Insya Allah, jika diamalkan setiap hari, rambut di kepala anak itu akan tumbuh dengan lebatnya.
Membentuk Bulu Kening Anak
Tangkai sirih dipotong dari daunnya. Putuskan yang bawah iaitu yang menemukannya pada daun itu, kemudian tangkai tadi dilukis pada bulu kening anak damit. Amalkan kepada anak damit kita yang masih berumur sebulan hingga ia menjangkau usia ke setahun. Selain membentuk bulu kening ia juga akan melebatkan bulu kening anak itu nanti.
Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar
Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, awda akan dapati air pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau sebulan.
Memilih Ikan Yang Baik
[a] Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak bercampur warna lendir.
[b] Sisik ikan tidak banyak yang gugur.
[c] Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali seperti kedudukan semula/asal.
[d] Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut.
[e] Warna iseng/insangnya masih dilapisi lendir asli.
[f] Badannya tidak berbau.
Memudahkan Tidur
Ambil akar kelapa hijau sebanyak lima potong dan direbus dengan air sebanyak satu gelas. Akar tadi mestilah dipotong sepanjang lima sm (cm). Kemudian tapis dan ambil airnya. Cubalah minum air rebusan tersebut lebih kurang suku cawan sebelum tidur. Insya-Allah masaalah biskita susah hendak tidur dapat diatasi.
Mengatasi Rasa Sakit Semasa Haid/Keputihan
Ambillah beberapa potong kunyit tua. Kemudian parutlah dan dicampur dengan asam jawa. Tuangkan pula air kira-kira satu gelas dan disaring dengan air asam jawa. Tambahkan gula merah secukupnya lalu diminum di waktu pagi dan petang. Di samping untuk melancarkan haid, dapat juga membersihkan dan menghindari penyakit keputihan.
Mengelakkan Beras Berkutu
Ada tiga cara, iaitu dengan menyimpan beberapa pelepah daun limau purut; dengan menyimpan beberapa pelepah daun buah belimbing yang dibersihkan dahulu dan dikeringkan; atau dengan menyimpan tiga atau enam biji lada kering.
Menghalau Nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.
Menghalau Pijat
Jika anda makan durian, kulitnya jangan dibuang. Letakkan di bahagian bawah katil atau tempat yang dijangka adapijat. Bagi sesiapa yang tidak tahan dengan bau durian bolehlah digantikan dengan kulit limau manis. Insya-Allahsetelah 4-5 hari, anda akan dapat melihat banyaknya pijat yang mati. Sebahagian lagi tentu lari dari sarangnya keranatidak tahan dengan bau durian dan kulit limau.
Menghaluskan Kulit
Untuk mendapatkan kulit yang halus, ambil 5-6 daun petai cina. Kemudian ramas hingga keluar airnya. Setelah itu digosokkan pada seluruh badan ketika mandi. Biarkan selama seminit dan bersihkan badan dengan air. Lakukan 2hingga 3 kali dalam seminggu. Jika badan anda terasa gatal, jangan teruskan kerana ia tidak sesuai dengan jenis kulitanda.
Menghilangkan Bau Durian
Selesai makan durian, kulitnya jangan dibuang. Taruhkan air pada kulit sebelah dalam. Kemudian air itu digunakanuntuk membasuh tangan atau minum sahaja air tersebut.
Menghilangkan Bau Petai
Sesudah makan petai, segera cari beras kunyah hingga lumat, tidak perlu ditelan. Bau petai yang semerbak itu akanlenyap dari mulut.
Menghilangkan Bintik Merah Di badan Akibat Cacar Air
Parutlah jagung muda dan digosok pada muka atau bahagian badan yang berbintik merah. Lakukan secara rutin danteratur.
Menghilangkan Kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu
usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
Atau
Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti biasanya. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masaalah kelemumur awda dapat diatasi.
Menghitamkan rambut/Lambat Beruban
Ambil hampas (sisa-sisa) teh yang tidak digunakan. Caranya setiap pagi rambut dibasahi dengan air teh dan dilakukansecara teratur. Selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut kita lambat beruban.
Menguatkan Gigi
Mungkin kita mengalami gigi yang mudah goyah dan gigi tersebut tidak akan tumbuh lagi. Jika anda ingin mempertahankan gigi tersebut agar tetap kuat, ambillah sedikit kapur sirih dimasukkan ke dalam segelas air panas.Selepas disaring beberapa kali hingga airnya bersih, gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan menjelang hendak tidur. Ulangi terus hingga gigi tidak goyah lagi.
Mengupas Ubi Kentang
Rendam kentang dalam air garam pada sebelah malam, kemudian pada pagi esoknya kupaslah kentang itu dengantangan. Kulit kentang dengan mudah terpisah dari isinya.
Menjauhkan Tikus
Guntingkan daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka berkeliaran, ini akan membantu menjauhkan tikus kerana binatang tersebut tidak suka bau daun pandan.
Menjimatkan Lilin
Sebelum lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang dicampur dengan garam sekurang-kurangnya selamadua malam, kemudian lilin itu hendaklah dijemur hingga kering. Setelah kering bolehlah digunakan.
Menyembuhkan Demam
Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring airnya dengan sehelai kain (diperah dan ambilpatinya). Kemudian air pati itu diminum. Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan merasa perubahannya.
Menyimpan Perkakas Dapur Supaya Tidak Berkarat
Perkakas-perkakas dapur seperti sudu, garpu dan sebagainya boleh berkarat kalau disimpan lama. Supaya ia tidakberkarat, sebelum menyimpan hendaklah dicuci dahulu dan dikeringkan sehingga ianya betul-betul kering. Kemudiansapukan sedikit minyak kelapa hingga rata dan bungkuslah dengan menggunakan kain atau kertas yang bersih.
Penyembuh Luka
Tumbuk bawang merah dan gula pasir hingga menjadi satu. Tampalkan ramuan tersebut pada bahagian yang luka.
Perut Mual
Ketika badan kita tidak sihat kerana masuk angin misalnya, perut terasa mual dan loya hendak muntah. Untuk mengatasi masalah tersebut cuba ambil beberapa ulas bawang putih dan dihiris-hiris nipis. Kemudian dicampur dengan gula melaka atau gula kabung yang telah dihiris-hiris. Adunkan sama rata dan campurkan pula dengan air limau nipis sama rata. Minumlah (makan) adunan tadi dan rasa mual anda akan hilang.
Rambut Gugur
Ambil daun bunga raya yang hijau, bersihkan dulu dan ramaskanlah daun itu di dalam segayung air, setelah itu basuhlah rambut awda dengan air tadi dan biarkan selama lima minit dan barulah dibilas. Amalkanlah selalu sehinggamendapat hasil yang baik.
Sakit Gigi
Daun sirih yang sudah ditaruh minyak kelapa, dilayarkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipiyang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut. Bagi yang mengalami sakit gigi yang berlubang, ambillah bunga cengkeh lalu masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit.
Sakit Perut
Campurkan air setengah gelas dengan satu sudu teh garam, lalu dikacau hingga sebati, kemudian diminum. Insya Allah rasa sakit perut itu akan hilang.
Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
Selusuh Beranak
Bagi melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu-ibu yang baru saja mengandung anak pertama, orang-orang tuakita zaman dahulu mengamalkan meminum air rambut ketika mandi sepanjang tempoh penghamilan. Caranya ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih dan air yang terakhir kita siramkan itu disambut sambil melurut dari rambut kita dan menyambutnya dengan tapak tangan, minumlah air tadi sebanyak 3 kali, berulang-ulang kita lakukan cara seperti tadi.
Supaya Rambut Tidak Beruban
Amalkan makan hati ayam, kambing, kerbau dan lembu.
Telapak Kaki Pecah-Pecah
Petiklah buah betik yang masih muda dan dipotong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu sebelum digosok dengan getah betik. Kemudian barulah digosok sama rata. Biarlah getah betikitu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akanhilang.
Terpijak Paku
Masukkan kaki yang terpijak paku karat kedalam baldi yang mengandungi air bersih sambil membersihkan luka tersebut. Perlahan-lahan masukkan garam dan kapur sirih ke dalam air tersebut. Biarkan kaki tersebut terendam selama lebih kurang setengah jam. Kemudian kaki itu diangkat lalu dibalut dengan kain. Insya Allah dalam masa tigahari rasa bengkak/bisa-bisa akan hilang.
Tersusuk Duri
Ambil bawang merah atau bawang putih yang sederhana besarnya. Setelah dikupas, dibelah menjadi dua. Sebelah daribawang tersebut dilumuri dengan minyak kepala. Kemudian dipanggang di atas api dan ketika masih panas, diletakkan segera ke atas bahagian yang terkena duri itu dan dibalut. Setelah beberapa jam barulah dibuka balutantersebut. Maka akan kelihatan dengan jelas dan sangat mudah untuk mencabut duri yang menusuk dalam daging itu.
Ubat Darah Tinggi
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulahyang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan.
Ubat Demam Kuning
Daun sukun yang sudah tua dan kuning warnanya, direbus hingga merah seperti warna air teh. Air itu diminum setiappagi dan petang, satu gelas selama tiga hari pada budak yang mengidap penyakit tersebut. Insya Allah penyakit yangdideritai itu akan hilang.
Ubat Keputihan
Bagi wanita yang mengidap keputihan, ambil 2 biji buah delima putih yang masih muda. Kemudian ditumbuk hinggahalus. Selepas itu campurkan dengan segenggam daun delima putih. Bahan-bahan itu direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minumlah air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Anda dinasihatkan menjauhi makanan daging kambing, nanas, air kelapa dan ikan laut.
Ubat Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Buang kulitnya, kemudian buah pinang itu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan minyak kelapa, supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit. Bahagian kulit yang berkudis itu terlebih dahulu dibersihkan sebelum disapu dengan pinang tersebut.
Ubat Panau
Lengkuas yang sudah dibuang atau dibersihkan kulitnya, digosok ke badan yang berpanau setiap kali lepas mandi tengahari atau petang.
Ubat Sakit Jantung
Minumlah ramuan yang terdiri dari kuning telur dan dua sudu madu asli sekali sehari. Insya-Allah, anda akan melihatperubahannya setelah mengamalkan cara ini dalam dua atau tiga bulan.
Memudahkan Tidur
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.
Turunkan darah Tinggi
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau Makanlah biji buah Peria atau Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perahairnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Demam Biasa
Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau Minumlah air rebusan bunga melor.
Pening Kepala
Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau Makanlah daun pokok Peria atau Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
Sengal Sendi
Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.
Selsema
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang
panas/suam lalu diminum atau Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayiAmbil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yan bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
Suara Serak
Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan,
kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.
Batuk/Semput
Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan
sedikit madu dan gula untuk diminum atau ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau minumlah rebusan akar pokok melor atau Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
Sakit Gigi
Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.
Bengkak Gusi
Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada
gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.
Gusi Berdarah
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.
Demam Campak
Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar atau Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari.
Elak ikan melekat ketika digoreng
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.
Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.
Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit – tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.
Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

Pesanan Imam Ghazali:
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Cerita Wang (Sifat Zahir dan Batin) – Bahagian 2
Apa itu wang? Satu soalan yang si bertanya akan dipandang sinis oleh yang ditanya. Walaupun manusia tahu apa itu wang tetapi boleh dikatakan majoriti tidak mengetahui apakah sebenarnya fungsi wang itu dan apakah ciri2 yang wajib ada pada wang tersebut untuk membolehkan ianya diterimapakai dengan tidak bercanggah baik dari segi moral mahupun dari segi keagamaan. Konsep wang itu sendiri disalah erti dan tidak diendahkan menyebabkan ianya menjadi “senjata” oleh mereka yang memahami dan mengawalnya untuk dimanipulasi lantas menghambakan manusia secara tanpa sedar, samada dengan cara membuatkan manusia itu cintakan wang (bertuankan wang) mahupun dengan menindas melalui aplikasi bunga/riba.
Manusia dahulu kala tidak tahu apa itu wang, ekonomi manusia dahulu kala berdasarkan konsep gotong royong yang mana mereka bekerjasama bertani atau memburu untuk mendapatkan makanan. Semuanya berjalan dengan konsep muhibah dan tolong menolong. “Stress” memikirkan wang atau duit tidak pada mereka seperti yang dialami oleh manusia zaman moden, mungkin sebab itu juga manusia dahulu boleh hidup beratus2 tahun lamanya seperti cerita didalam Al Quran (Al-Ankabut 29:14).
Apabila manusia semakin bertamadun, keperluan terhadap kepelbagaian keperluan dan kehendak, manusia berubah kepada sistem bertukar2 barang atau apa yang dipanggil sistem “barter”, akan tetapi disebabkan terhad serta rumit untuk diaplikasikan didalam hidup yang semakin kompleks maka terciptalah wang atau duit yang mana ia digunakan untuk memudahkan pertukaran barang atau perkhidmatan. Pelbagai benda digunakan sebagai “medium of exchange” ini dari kulit siput, tamar, gandum dan beras hinggalah kepada logam bernilai seperti perak dan emas.
Fungsi Pertama Wang : Sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan
Apabila wang dicipta sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan, jika anda tidak punyai barangan atau perkhidmatan untuk diberikan kepada manusia lain, wajarkah wang boleh sampai ketangan anda? Ini satu hujah yang amat penting, saya akan kaitkan ianya selepas ini.
Apabila anda memohon pekerjaan, anda bertanya berapa gaji yang akan diberikan, apabila anda mahu membeli sesuatu barangan, anda bertanya berapa jumlah wang yang perlu dibayar untuk barangan tersebut. Jadi wang juga adalah unit ukuran untuk menilai sesuatu perkhidmatan atau barangan baik yang ingin diberikan atau diterima.
Fungsi Kedua Wang : Sebagai pengukur nilai barangan atau perkhidmatan
Anda bekerja penat lelah selama sebulan dan pada akhir bulan anda menerima gaji mengikut apa yang dijanjikan oleh majikan anda. Selepas tolak perbelanjaan hidup anda mempunyai lebihan wang untuk disimpan supaya wang tersebut boleh digunakan dikemudian hari. Jadi fungsi ketiga wang pula adalah sebagai penyimpan nilai. Bermakna penat lelah anda yang dibayar didalam bentuk wang kertas itu sepatutnya boleh menyimpan nilai penat lelah anda bekerja.
Fungsi Ketiga Wang : Sebagai penyimpan nilai.
Berdasarkan kepada ketiga2 fungsi wang diatas, adakah wang kertas yang kita gunakan selama ini menepati ciri2 tersebut? Jika kaji wang kertas dan juga sistem kewangan yang kita gunakan sekarang ini, untuk memenuhi fungsi pertama dan kedua tidak menjadi masaalah. Akan tetapi adakah fungsi yang ketiga iaitu sebagai penyimpan nilai dipenuhi oleh sistem wang sekarang?
Persoalan 1: Bolehkah wang kertas menyimpan nilai? (Zahir)
Wang yang disebut didalam Al Quran hanyalah dinar dan dirham, iaitu emas dan perak yang mana nilai wang itu sendiri ada pada wang itu sendiri. Ini menjamin akan kestabilan wang itu sendiri. Mengapa kita sering di”war-war” kan agar menyimpan wang di institusi yang menjamin pulangan lebih dari kadar inflasi? Jika tidak berbuat demikian wang kita akan lenyap dimakan oleh inflasi itu. Nampaknya wang pada zaman ini tidak lagi boleh menyimpan nilai. Adakah ini dibenarkan oleh Islam? Malah dari segi moral kemanusiaan itu sendiri ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan dibumi. Surah Ash-Shuara 26:183
Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru. Jika wang ringgit disandarkan kepada emas sekali pun, kita sebagai rakyat tidak boleh mengunjungi bank negara dan meminta diberi emas yang dikatakan sandaran kepada wang kertas tersebut.
Sebelum 1933, wang kertas Amerika masih boleh ditukarkan dengan emas seperti yang tertera pada muka depan wang tersebut, selepas dari itu wang kertas Amerika hanyalah dilabelkan sebagai “legal tender” yang mana jika dilihat pada wang ringgit tertera “sah diperlakukan”. Sistem kewangan kita ciptaan barat juga mengikut konsep wang kertas barat yang mana sebenarnya tidak mempunyai nilai tersimpan didalam nya. Inilah yang dikatakan oleh Nabi didalam hadisnya;
Abu Sa’id Al Khudri melapurkan Pesuruh Allah bersabda: Kamu akan melangkah mengikut laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah hinggakan jika mereka masuk kelubang cicak sekalipun, kamu akan tetap mengikut mereka. Kami bertanya: Pesuruh Allah, adakah kamu bermaksud Yahudi dan Kristian bagi “mereka yang terdahulu” itu? Baginda bersabda: Siapa lagi selain dari mereka? Sahih Muslim
Sistem kewangan moden ciptaan barat menggunakan wang kertas ini sebenarnya adalah satu bentuk ‘riba” halus yang terselindung dan tidak boleh dilihat baik oleh kebanyakan pemimpin apatah lagi rakyat, ia sudah menjadi suatu norma kehidupan bagi semua golongan manusia bak sabda Nabi
Diceritakan oleh Abu Hurairah: Nabi (SAW) bersabda: Akan datang suatu ketika kepada umat manusia bilamana hanya penerima riba sahaja yang tinggal, dan jika manusia itu berkata dia tidak menerimanya, debu riba tetap akan mencapainya. Sunan Abu Dawood
Dan jika saban hari kita menggunakan sistem yang berlandaskan riba ini, maka ketahuilah akan adanya peperangan dari Allah SW dan rasul terhadap kita semua, akan tetapi amaran2 sebegini tidak lagi memberi kesan apa2 terhadap hati kebanyakan umat Islam sekarang ini. Hanya yang mendapat “nur” dari Allah dan yang berusaha mencari ilmu2 untuk membuka minda, dengan tangisan dimata mahupun dihati akan berusaha sedaya upaya lari dari riba walau apa jua harga yang terpaksa dibayar.
Apa yang boleh kita lakukan untuk lari dari riba ini?
Didalam institusi kekeluargaan, jika ada masalah didalam rumah seperti kehabisan barang makanan, dengan siapa akan siibu mahupun sianak2 mengadu? Sudah tentu dengan ayah sebagai ketua keluarga. Jika didalam institusi negara, kepada siapa lagi jika bukan kepada pemimpin2 yang kita pilih. Didalam institusi keluarga jika ayah tidak mampu memperbetulkan keadaan, ahli keluarga yg lain terpaksa akur dan bersabar kerana ayah tidak boleh dipecat atau dibuang, akan tetapi didalam sistem negara, kita boleh pilih pemimpin yang berada pada landasan yang betul, landasan yang berlandaskan Al Quran dan sunnah.
Kita harus ajukan kepada pemimpin agar sedar akan dasyatnya kesan sistem kewangan moden yang mana melalui sistem inilah kekayaan rakyat secara halus dan senyap beralih kepada golongan tertentu dan rakyat terutamanya yang miskin akan menjadi semakin miskin kerana terpaksa membayar lebih untuk membeli barang keperluan. Dan jika pemimpin2 yang sedia ada tidak mahu mengubahnya maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang mampu berbuat demikian kerana didalam institusi negara, pemimpin boleh diubah bukan seperti institusi keluarga.
Adakah kita juga harus berduyun2 membeli emas kerana khuatirkan wang kertas akan lenyap atau kerana ingin mengikut sunah? Malah ada juga syarikat yang menjual dinar emas membolehkan pembeli membeli dinar tersebut dengan kad kredit. Bagi saya niat untuk menjual dinar itu bukan untuk menggalakkan sunah, tetapi semata2 ingin mengaut keuntungan tanpa memahami konsep wang dinar itu sendiri. Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Kumpul wang baru beli, kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri. Selepas habis membayar hutang, barulah beli emas untuk simpanan masa depan. Tidak perlu risau perlu menyimpan sekarang untuk masa depan walau hutang rumah dan kereta masih ada kerana kita juga bersubahat membiarkan bank memberi pinjaman kepada manusia lain dengan wang simpanan kita tadi. Ingatlah, jika kita bertindak untuk mendapatkan keredhaan Allah, Allah akan mempermudahkan ianya untuk kita, inilah ujian keimanan.
Moga satu hari nanti kita dapat beralih semula kepada sistem kewangan apa yang dipanggil wang sunnah iaitu wang yang mempunyai nilai sebenar didalamnya dan bukanlah hanya kertas yang sah diperlakukan sahaja.
Persoalan 2: Adakah wang ditangan anda itu benar2 milik anda? (Batin)
Jika kita rujuk pada fungsi pertama wang, untuk menjadi bahan perantaraan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan,maknanya wang hanya wujud jika ada barang atau perkhidmatan jadi jika kita tidak punyai barang atau khidmat untuk diberikan, layakkah wang itu berada ditangan kita?
Katalah tiba suatu masa Allah mem”fizikal”pahala yang mana pahala boleh kelihatan dan wujud nyata. Bolehkah kita mengambil pahala orang lain? Bolehkah kita mengambil hasil usaha orang lain? Inilah sebenarnya rahsia disebalik larangan riba kerana jika kita mengambil wang orang lain dengan cara yang tidak adil, itu adalah penindasan dan wang (pahala melakukan sesuatu) itu bukan milik kita. Pengasihnya Allah itu melarang kita mengambil riba kerana kita akan menderita kerananya dan adilnya Allah itu akan mengembalikan wang itu semula kepada yang hak.
Jika kita memberi pinjaman atau menyimpan wang didalam bank, faedah yang kita terima itu sebenarnya adalah pahala orang lain yang kita ambil, umpama lintah menghisap darah manusia. Wang datang dari usaha, dan usaha adalah tenaga, maka wang itu adalah tenaga dan tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, disebabkan Maha Adilnya Allah itu maka wang (tenaga) yang kita dapat secara haram itu akan mengalir keluar dari diri kita tetapi tidak semestinya dalam bentuk wang itu sendiri, mungkin dalam bentuk lain seperti kesihatan, terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga, masalah kerja yang mana ianya juga memerlukan tenaga kita untuk menghadapainya.
Wang yang kita dapati dengan cara yang tidak wajar contohnya bekerja tidak ikhlas, ponteng, menaikkan harga barang, rasuah, mencuri dan sebagainya, wang itu akan “lari” dari kita, satu konsep yang agak sukar untuk diterima akan tetapi itulah hakikatnya kerana kita semua adalah tenaga, jika tak masakan formula Einstein diterima pakai oleh seluruh masyarakat sains. (E=mc2 E= tenaga, m=jisim). Begitu jugalah wang yang didapati seperti hasil dari perniagaan internet yang mana melabur sekian banyak dan kemudiannya cari orang bawah, malah mlm, saham dan forex juga termasuk didalam golongan yang sama. Wang yang didapati itu bukan milik anda kan ianya akan lari, jadi pilih antara dua, wang mudah atau kesusahan pun mudah.
Mungkin ada yang berkata, ”aku tengak simamat tu kaya dengan main saham, main forex tapi hidup happy je”, jawapan saya; mungkin kita boleh mengelak dari tenaga (wang) itu untuk lari dari kita semasa hidup, akan tetapi apabila mati, tenaga negatif ini lah yang akan menjadi siksaan dikubur mahupun dineraka. Dan ingatlah Allah itu maha adil. Perasan tak mengapa apabila negara bertambah moden, semua rumah terpaksa bergrill, dengan sistem penggera malah akhir2 ini satu taman sudah berpagar dan mempunyai sekuriti? Ramai yang berkata manusia semakin jahat, perompak semakin banyak, pernahkah terfikir siapa yang mencipta perompak tersebut? Tidak lain dari sistem kewangan riba itu sendiri, baik dari anak2 yang semakin liar kerana tidak mendapat perhatian dari ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja untuk membayar hutang rumah selama 20-30 tahun ataupun mereka yang bermain forex bersubahat menjatuhkan matawang negara lain yang menyebabkan rakyat negara tersebut hidup didalam kemiskinan dan datang kenegara kita menjadi perompak.
Kita semua berkait dengan satu jaringan tenaga yang kita tidak sedar dan nampak, ini yang dibuktikan oleh quantum fizik (nonlocality), apa yang kita lakukan mempengaruhi semua insan2 lain didunia ini, tekanan hidup menyebabkan manusia hidup didalam situasi “fight or flight” yang mana kepentingan diri sendiri lebih utama berbanding kepentingan sejagat. Hanya dengan solat yang ikhlas dan khusyuk sahajalah yang boleh mengurangkan kesan tekanan tersebut dan mengembalikan darah kefrontal lobe iaitu otak yang berfikir.
Larangan riba itu sendiri untuk kebaikan manusia itu sendiri, dengan hidup yang diperangi oleh Allah saban hari (akibat hidup dengan riba), tidak hairanlah mengapa hidup kita semakin hari semakin tersiksa, mungkin bagi individu tidak terasa akan tetapi dari segi masyarakat, surat khabar harian sudah jelas menceritakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Berusahalah kita agar dapat melihat pembohongan2 didunia ini baik dari sistem kewangan olahan barat ini mahupun juga keadaan dunia yang penuh tipu daya, tipu daya hasil inspirasi dari Dajjal bak sabda Nabi;
Diceritakan oleh Hudaifa: Nabi bersabda mengenai Dajjal yang mana dia akan mempunyai air dan api dengannya: apa yang kelihatan seperti api, adalah air yang sejuk dan apa yang kelihatan seperti air pula adalah api. Sahih Bukhari
Jadi berhati2lah dalam membuat keputusan didalam hidup kerana apa yang kita nampak itu baik (air) mungkin suatu yang akan membakar diri kita dikemudian hari. Nauzubillah.

Cerita Wang (Rahsia Sebenar) – Bahagian 1
Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi setiap manusia yang bernyawa didunia ini, malah ada yang mengutamakan wang dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata2 untuk mengaut sebanyak mungkin wang yang berada didalam kitaran sistem ekonomi.
Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan utama pergi kesekolah.. “belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar boleh kerja gaji besar (wang banyak)” biasa dengar tak? Atau mungkin itu yang acapkali anda sebut kepada anak2 anda sekarang?.
Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal.
Walaupun penerangan diatas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya di guna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli2 bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan diatas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.
Orang paling kaya didunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng”kuda”kan presiden dengan bantuan agen2 seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta2 insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka2 ini jugalah orang kuat dibelakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat.
Apabila kita meminjam wang dari bank, samada pinjaman rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia lain, sebab itu ramai berkata “aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau tak macamana bank nak beroperasi”, akan tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung menzalimi insan2 lain terutamanya golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak perlu pun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya.
Bagaimana cara kita menzalimi manusia lain?
1. Kita bersubahat men”cair”kan atau menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men”cipta” wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai samada emas atau perak. Lagi banyak pinjaman, lebih banyak lah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada didalam ekonomi.
2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut, contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya permintaan.
Jijiknya Riba’ itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, samada makan hasil riba’ ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba’. Disebabkan manusia semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada “survival mode” yang mana kepentingan diri lebih utama dari kepentingan manusia2 lain.
Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan senantiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.
1. Benih kerajaan sekular – Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang2 negara lebih utama dari undang2 Allah, sebagai negara Islam, Al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang2. Sebaliknya undang2 ciptaan manusia yg angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang2 moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang2 Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih2 lagi dengan masyarakat yg berbilang kaum.
2. Benih ekonomi Riba’ – Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England pada kurun ke17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga manjadi asas yg sama untuk penubuhan bank2 di negara2 bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba’.
Dan benih2 ini sudah lama bercambah dan membesar menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin2 yang akan sedar akan sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang.
Yang di”atas” tidak perlu risau kerana sistem ini senantiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa, rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yg canggih, keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di akhirat. Akan tetapi mereka inilah yg pertama sekali akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak atas kerosakan dimuka bumi. Siapa mereka ini? Pemimpin..
Akan tetapi semasa perbicaraan diakhirat, mereka ini akan berhujah balik… “ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah aku dipilihanraya..” Siapa pulak mereka itu..? Tak lain tak bukan selain dari kita semua sebagai rakyat.
Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu2 itu sahaja tidak cukup untuk menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih2 lagi akhirat. Berapa ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini? Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada “nur” dihati.
Kerana hanya dengan “nur” inilah kita mampu melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu. Pembohongan ini amat sukar di lihat umpama cuba melihat semut hitam, diatas batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya “nur” yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid 57:28) Dan tanpa “nur” inilah manusia lebih berminat akan dunia berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.
Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Rasul Allah berkata, “Bagaimana jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang di gelarnya syurga adalah sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) sepertimana Nuh memperingatkan kaumnya. Sahih Bukhari
Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan “Federal Reserve Note” iaitu wang kertas Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak didalam kitaran. Ada gambar “satu mata” di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid “gah”nya di Mesir? Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang bermata satu?
Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut, “Annuit coeptis” jika dirujuk pada wikipedia bermakna “usaha kami direstuinya (tuhan)”, dan “Novus Ordo Soclurum” bermakna “bermulanya era baru”, era penjajahan rakyat dengan menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).
Sama2 lah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi “nur” untuk melihat serta kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu2 yang boleh membebaskan kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga. Insyaallah dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita kearah tersebut. Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi “nur” di hati untuk melihat pembohongan2 ini. Amin.
Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan2 yang lain, insyaallah.

Kisah Dua Pulau – Bagaimana Kakayaan Rakyat Dicuri.
Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.
Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.
Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.
Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.
Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.
Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.
Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.
Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.
Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut kembali wang emas mereka.
Kaum Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan Raja Aya juga bangga dengannya
Sejumlah 100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi mereka yang menggunakan kepingan emas.
Kaum Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan dipuji didalam masyarakat pulau Aya.
Cerita mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bank dan Mago menjadi pengurus bank tersebut.
Berbeza dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang kertas diedarkan.
Akan tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu pekerjaan sahaja.
Ekonomi Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka. Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2 masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.
Gago kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan sesama mereka seperti sebelum ini.
Kaum Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka. Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.
Mago mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu sekarang beralih kepada Mago.
Selepas beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar. Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar hutang2 mereka.
Cara hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago memperkenalkan budaya “hebat” olahan masyarakat “hebat” dari mana mereka berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan Mago datang dengan mesin pencetak.
Gago dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem perbankan dengan satu sistem kewangan global.
Kita boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita Malaysia.
1. Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa. Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).
2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).
3. Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem, maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.
4. Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.
5. Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang (bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).
6. Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?

Subscribe to:
Posts (Atom)